Followers

Saturday, 17 November 2012

         Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk.

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.

Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.

Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.

Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

Hasil karya,
Hafiz Aiman


44 comments:

Unknown said...

Penerangan yang sngat romantis.. Thanks... Sya akan gunakan ini sebagai krja moral sya... Blh x...

dania afiqah said...

mohon izin untuk mengambil beberapa maklumat utk kerja kursus ye saudara..
جزاكم الله

SyafiqahMusanif said...

maaf saya ambil isinya sedikit untuk kerja kursus saya . terima kasih :)

Unknown said...

izinkan saya ambil contoh untuk lisan BM syukran

Unknown said...

Mohon diambil sedikit maklumat drpd penulis blog

Unknown said...

mohon izin mengambil maklumat dr karangan yang bernas ini.

Baby Sunny said...

Thanks a lot! I wish this excellent work can help me during my exam later. Its really a good job! Thank you!

jamilsolutions said...

mohon izin untuk di ambil karangan ini sbg rujukan. tq

Unknown said...

dijadikan sebagai rujukan. terima kasih

Unknown said...

Thanks for this information. Either way I'm asking for your permission to use your essay for my assignment. It's good though.Thumbs up to you.

Unknown said...

Mohon izin utk jadikan karangan contoh :) terima kasih

Unknown said...

Mohon diambil sgai bahan rujukan...tq..

Unknown said...

mohon izin untuk menjadikan karangan contoh....

Unknown said...

mohon izin untuk menjadikan karangan contoh....

Unknown said...

Mohon diambil sebagai bahan folio

Unknown said...

Mohon diambil sebagai bahan folio

Unknown said...

Terdapat peribahasa yang harus diperbaiki .Contoh "manang jadi arang,kalah jadi abu",sebenar"kalah jadi abu , menang jadi arang"

Unknown said...

Mohon untuk dijadikan bahan dlm presentation..

Unknown said...

Mohon untuk dijadikan bahan dlm presentation..

Unknown said...

hi

Unknown said...

thanks for this essay

ANAK MALAYSIA said...

minta izin untuk dijadikan sebahagian daripada kerja kursus saya ...terima kasih ^-^

ANAK MALAYSIA said...

minta izin untuk dijadikan sebahagian daripada kerja kursus saya ...terima kasih ^-^

shahida sa said...

minta izin untuk dijadikan sebahagian daripada kerja khusus saya....thanks a lot

Unknown said...

Hi gay people

Hijrah Aku Dan Dia said...

minta izin untuk saya copy, untuk dijadikan bahan rujukan anak saya.

Unknown said...

terlalu banyak misspelled dlm karangan ini... mohon diperbaiki ya... Terima kasih awq...

Idealzakuan said...

saya mintak izin penulis untuk saya copy essay ini sebagai rujukan untuk ujian lisan saye..mohon halalkan

thembikai said...

mohon dijadikan rujukan..tq..

qianhooi said...

Mohon saya salin ni untuk rujukan karangan kerja saya. Terima kasih.

Unknown said...

artikel yang ditulis ni pun takde rujukan macam mana nak dijadikan rujukan?

Unknown said...

Izinkan saya ambil sedikit untuk bahan pembentangan saya okay

Neo said...

Mohon dijadikan rujukan

Neo said...
This comment has been removed by the author.
Neo said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

TQ

Unknown said...

TQ

a said...

TQ

Unknown said...

mintak izin untuk dijadikan rujukan :) terima kasih

Unknown said...

Izinkan saya ambil sebagai rujukan
Terima kasih

Unknown said...

Nk Montauk izin untuk ujian lisan bm. Terima kasih...

Unknown said...

Its really a good job! Thank you!

Unknown said...

Mintak izin sedikit points untuk karangan saye yeee, terima kasih. Jazakumullah!

farrarad said...

The Star Gold Coast: Casino & Resort - JTM Hub
Jumbo 여주 출장샵 Jumbo Jumbo Jumbo Jumbo Jumbo is the 시흥 출장샵 award-winning resort on the 의왕 출장샵 Gold Coast in Gold 경기도 출장마사지 Coast's iconic Gold Coast. Jumbo Jumbo Jumbo 부산광역 출장마사지 Jumbo